Wobbebong – Duo Superbakat

Beberapa hari kebelakangan ini, Med ada terlihat beberapa post di story IG @hey.aisya seakan sebuah projek atau usaha menghasilkan sebuah duo yang memperjuangkan muzik Electronic Psychedelic. Yang lagi coolionya, another half adalah Hanna yg merupakan another half of Juno & Hanna. Ini pasti sesuatu yang menarik.

Maka terhasillah Wobbebong. Kami di CoolioMag wajib supporto mereka! Gabungan dua superbakat seperti ini bukan selalu terjadi. Jadi, Med mengorak langkah menjadi yang pertama mengorek cerita di sebalik penubuhan Wobbebong!

Btw, tengkiu Wobbebong sebab sudi ditanya, YEAH!!

Enjois

 

Hi gais, harap korang baik-baik aje di sana ya. Kami di CoolioMag yakin dan mempunyai firasat bahawa Wobbebong ini akan menjadi bualan dan perhatian ramai peminat musik lokal bermula dari saat ini.! Gabungan  duo superbakat ini begitu “sesuatu”.

Q1: So untuk soalan pertama, status dan kedudukan korang bersama band korang yang sebelum ini? Adakah korang dah keluar terus, bubarkan atau masih tetap kekal setia walaupun dah bikin Wobbebong.

Hanna: Status saya, Juno masih lagi abang saya so saya sentiasa setia hahaha. Juno Hanna kekal sampai bila boleh rentas negeri haha..

Aisya: Dulu saya dalam Jetcetera tapi sebab bila masuk degree, tak dapat nak commit. So saya start a band yang boleh buat dekat rumah. Bila free baru buat. Saya masih setia dekat band lama saya which is lopsided. Cuma biasalah kekadang semua busy, tak tahu bila nak start.

 

Q2: Apa cerita di sebalik pemilihan nama Wobbebong? Like idea siapa, maksud sebenar Wobbebong?

Kita dua sebenarnya suka genre lain-lain. Aisya suka lebih kepada synthpop atau psychedelic rock. Hanna lebih kepada electronica. Kita selalu gaduh bila nak dengar lagu dalam kereta tapi apa kita dua agree is band phoenix. Phoenix tu binatang. So kita cari la nama binatang and kita jumpa a shark called wobbegong. The shark only attacks when provoked. So, senang cerita macam lagu kita la, lagu dia ada part slow and ada juga part attack juga. Tapi sebab nak catchy kita tukar kepada wobbebong.

 

Q3- Bagaimana detik awal pertemuan antara Aisya & Hanna dan apakah faktor yang menjurus untuk setup duo ini?

Aisya: 2 tahun lalu, I pergi gig  nak tengok band islands. Kebetulan Hanna perform on that day. I pula tak tahu siapa Juno Hanna. Tapi senang cerita I was mesmerized la dengan band Juno Hanna. I nak tanya dekat Hanna yang dia ni guna gear apa. Tapi when Hanna left the stage, I tak cakap apa-apa because I was too shy. So I took a picture of her gear and then go home (Hanna tak tahu pun pasal benda ni sebab I buat senyap senyap).

Exactly 2 years after that incident, I terjumpa Hanna dekat social media. Borak la, lepastu I baru tahu perempuan yang I borak ni Hanna from Juno Hanna. So, I cari la gambar tu balik. And that becomes our start of a conversation.

 

Q4- Proses penciptaan demo yang baru dirilis dan berkisar tentang apa?

Proses dia sebenarnya kita nak optimise laptop. Laptop baru tapi banyak problem bila bukak ableton. So, masa kita tengah try try tu, tetiba terkeluar pula satu melody yang sedap. Hanna pandang I, I pandang Hanna. So kita tahu kita fikir benda sama.

Lagu dia pasal… haa kalau nak tahu. Dekat social media kita, wobbebongmusic, kita ada sorokkan message dan jalan cerita lagu tu. Cuma kena cari je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wobbebong (@wobbebongmusic)

Q5- Apa next step, planning dan hope for Wobbebong?

Kita sekarang tengah kumpul duit nak buat studio. Baru je ada 600, target nak 6k. Tapi harapan sekarang nak dua dose, pergi rentas, dine in…. kalau ada satu dua gig, alhamudlillah

 

Q6- 2 fav lokal talent/band/duo/singersongwriter?

Kalau misha omar boleh ke?

Ramayan dan Lust

 

Story/Questionnaire: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*