Vokalis A.Limin Kongsi Pengalaman Di”amymatpiahkan”

Beberapa hari lepas, Limin melalui ciapannya di Twitter (@vivalalimin) mengatakan baru sahaja merilis single yang tertunda bertajuk Malar. Limin kongsi pengalaman diamymatpiahkan! Fuh!! Jadi, Med nak kongsikan pada korang semua, petikan daripada twitter Limin.

 

“Aku perasan majoriti pemuzik indie malaysia yang diamymatpiah dari band lama cenderung bikin projek baru sebagai penyanyi ya walau sebelumnya bukan tukang nyanyi. Semangat juang tinggi tapi hati-hati! *termasuklah aku pun hahah!

Contoh yang paling mantap bagi aku semestinya Zulhezan dengan adunan vokal berkarakter diiringi muzik berjiwa. Lagu-lagu beliau juga tidak menurut kehendak semasa dan amat bersahaja! Berbanggalah aku bila Adam dan \\ direviewuncle dalam episod yang sama!

Contoh paling tak mantap? Tah la hahah tapi atas dasar cintamuzik semata-mata, ni aku nak sembangkote dan palatao jap tau.

Seperti aku yang memang bukan penyanyi sebelum 2018, memang kerap aku rakam dan ulang dengar nyanyian aku. Aku kongsikan juga dengan kenalan yang aku pandang tinggi nyanyiannya demi kritikan. Pujian hanya tembus ke dinding.

Dalam penulisan lagu aku minta bantuan kawan-kawan juga yang mana 2 tu dah jadi bandmate hahah. Mereka semua pemuzik yang bagus dalam bidang masing-masing lah dan bukan penjilat mahupun opportunist. So sedap kata sedap tak sedap memang aku kena tepek begitu saja.

Benda ni amat penting demi kesedaran diri dan kekal berpijak dalam realiti. Patut ke nyanyi? Boleh nyanyi ke?? Aku nyanyi terus. 2019 aku sukses bikin album dengan bandmate aku walau belum puas hati sepenuhnya dengan nyanyian aku. Tapi not bad la first album kan hahah!

Sebab 2018 aku masih ralat, 2 tahun kerja keras, album dan band lama aku dikebas orang. Cuba imagine, album hang bikin dah nak album launch weh best! Cuma hang takleh nak rasa best sebab tetiba tu bukan lagi band hang. Gg brooo

Tapi ini cerita basi hahah. Tak best dah.

Terkadang kita didorong oleh satu urge untuk prove yang kita ni bagus kita saja yang betul. Ini semua taik.

Melainkan,

Urge ini mendorong hang untuk bikin lagu best dan lagu best semata-mata lah yang hang nak bikin maka go on dan improve terus!

Tak payah kekal bermasam muka bertikam lidah hingga pamer benci pada semua. Tak cool la

Sukaduka dulukala nak dikenang tak apa, jangan terus hidup dalam kepalatan tu!

Move on. Kerja keras lagi. Evolve.

.

.

Ok sambung bab menyanyi hahah!

“Macam kapal selam la Mi. Kalau dah tak leh selam, naik ke darat. Buat reban.” Jijo Alfonso Pareira Abdullah yang kata k.

Hahah dulu aku tengok part ni memang ngekek aku hshs. Mamat Khalid tepek Najib, aku yang tetiba pulun prektis. Pecahhh 

Eh jap aku blank jap kasi aku berak lu

.

.

Betul eh orang kata dalam toilet banyak idea. Aku still lupa benda apa aku nak cakap tadi tapi aha ni barang rare. Aku nak share cemana aku nyanyi tahun 2017 dalam “Kamisama” versi demo bes bes memang bes hshshs

Seikan No – Kamisama(demo) Ada yang gelak ke tu? Sape gelak malam ni tidoq bontot dia naik ketuat!

Eh sat tarik balik la ok tak baik la kan naya bontot aku nanti hshshs

Nyanyi camni kan yang herannya cemana aku boleh konfiden nak masuk record eh, kat kamar seni pulak tu HSHSHS.

Ag Coco punya baguih dia tak cakap aku nyanyi serupa BONGOK tapi aku yakin sebabtu la Ag suggest lagu ni featuring Amir Jahari. Nasib baik weh hshshs

Tapi bila compare dengan album Adam(2019) dan single Malar(2021 tapi record awal 2020) aku tau nyanyian aku ada sikit improvement dan sampai harini aku kekal improving.

Tambah pulak, bandmate aku si Merul ni dulu aku tau dia bagus main gitar ja, dah jadi band tau tau cilakakk nyanyi serupa Ning Baizura siot takkan lah aku tak geram kan! Memang aku pun nak kena selevel Ning Baizura laa hshshsh gila.

2021 pun tinggal lagi 3 bulan lebih sikit ja weh. Aku still rasa macam baru sangat release album Adam(2019).

Tapi geng, aku dengan budak band semua tak menuju 2022 dengan tangan kosong. 14 lagu baru, bunyi-bunyi baru, STANDARD BARU! Silap silap hujung tahun ni settle.

BTW untuk album baru ni Merul laaa banyak bantu aku improve dari segi nyanyian. Nah teaser sikit! 

Ok aku assume aku terlupa terus la apa aku nak cakap tadi tu HSHS.

Mekasih sudi baca! Thread sembangkote tamat.” 

-Limin-

 

Ya jarang lah musician sendiri nak kongsi cerita camni sebab takut nanti tak coolio pada pandangan awam hahaha

Lagipun, dah mula macam ada pattern pulak yang keluar band lama bikin band baru jadi penyanyi walau bukan penyanyi pada asalnya termasuk la aku since 2018. Benda ni bagus maknanya kita pemuzik yang ada iltizam atau mat saleh kata ‘musical will’ yang tak mudah tewas tapi iltizam dan kualiti muzik juga perlu seiring. Terutamanya, vocal kena cara seorang vocalist la kan kalau tak nanti jadi kebiasaan dalam scene independent kelahiran band baru vokalis tak sedap/unik maka makin jauh ketinggalan evolusi muzik malaysia berbanding negara sebelah. Ini pandangan personal aku saja haha!

 

Sumber: Twitter Limin

Info: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*