
Kedatangan tahun 2023 telah dimeriahkan dengan konsert Indie Alliance yang menggabungkan kugiran-kugiran lejen seperti Gerhana Skacinta, The Times, Joanna & Co dan dihangatkan lagi dengan persembahan pembukaan daripada Tilu, Armpunk Syndicate dan Naratu.
Konsert yang dianjurkan oleh Eraventures Events ini telah diadakan di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 5 petang. Lokasi ini adalah antara lokasi yang paling terbaru dibuka untuk penganjuran konsert di ibu kota. Sangatlah bertuah kugiran-kugiran yang terlibat bersama Indie Alliance telah menjadi antara yang pertama dapat beraksi di pentas dan lokasi terkemuka ini!
Kredit Gambar: @qanrajalie
Semua pemegang tiket Indie Alliance bukan sahaja dapat berpogo, berskanking dan berdansa, malah juga dapat menyaksikan setiap kugiran membuat persembahan selama hampir 1 jam dengan arrangement muzik yang berbeza ditambah pula dengan gimik yang telah menjadi pembukaan tahun 2023 yang akan dikenang sampai bila-bila.
Pengerusi penganjur acara ini iaitu Akmal Muhammad berkata, gerakan Indie Alliance diadakan adalah untuk membantu independent rock acts yang terjejas oleh PKP sejak tahun 2020.
Ia diharapkan dapat mewujudkan sistem sokongan secara lebih meluas dan konsisten yang dapat membantu pemuzik indie bergerak dengan pantas serta mendapat lebih banyak tawaran persembahan pentas.
Kredit Gambar: @qanrajalie
Konsert Indie Alliance dihangatkan dengan persembahan pembukaan daripada Tilu yang mempersembahkan lebih daripada 7 lagu. Band tersebut juga tidak melepaskan peluang untuk menyanyikan lagu berhantu mereka, Diam-Diam yang turut dinyanyikan oleh semua yang hadir.
Pentas Zepp Kuala Lumpur kemudian bergema dengan band punk rock, Armpunk Syndicate yang memberikan persembahan penuh bertenaga.
Tidak dilupakan kumpulan Naratu yang turut memberikan persembahan yang terbaik dan menjadikan genre hardcore metal yang dibawa mereka menjadi lebih unik dan berbisa dalam kalangan peminat mereka yang hadir malam itu. Lagu-lagu yang dipersembahkan juga seolah-olah mempunyai ‘kuasa sakti’ dan telah memukau peminat yang hadir pada malam itu untuk tidak henti-henti menari seakan-akan histeria.
Kredit Gambar: @qanrajalie
Di sebelah malamnya pula, pentas dibuka oleh Joanna & Co dan diikuti pula dengan The Times yang mana kedua-dua kugiran ini mempersembahkan lagu-lagu yang jarang dimainkan di gig atau festival lain sebelum ini. Pentas Zepp Kuala Lumpur terus bergegar dengan sing-along semua peminat yang hadir.
Kredit Gambar: @qanrajalie
Persembahan terakhir daripada Gerhana Skacinta telah meninggalkan momen indah dan memukau dengan mendendangkan lagu-lagu hits mereka seperti Andai, Senyuman Ragamu, Ali Baba Ska dan banyak lagi. Lagu Andai merupakan lagu yang sangat jarang dipersembahkan di mana-mana konsert atau show mereka. Jadi, begitu bertuah buat mereka yang hadir di Indie Alliance kerana dapat menjamu halwa telinga dengan lagu tersebut.
Kredit Gambar: @iskandaryoi
Supporto mereka di:
Gerhana Skacinta, Joanna & Co, The Times, Tilu, Armpunk Syndicate, Naratu.
Story: Hanis
Edit
Leave a Reply