Swerved Berehat

Swerved band mengumumkan untuk berehat sementara dari arena indie tempatan. Melalui muat naik terbaru mereka di instagram rasmi @officialswerved menyatakan, mereka perlukan masa untuk berehat bagi menumpukan hal peribadi masing-masing. Keputusan ini dibuat berberapa bulan sebelum ini dan percubaan untuk kembali ke pentas gigs seperti dirancang juga gagal atas sebab beberapa perkara.

Postingan mereka juga menyatakan harapan agar mereka dapat kembali ke gelanggang indie ini dan berharap “rehat” ini adalah sementara sahaja.

Kami dari cooliomag juga berharap agar Swerved yang juga merupakan alumni Laga Maya kendalian Kelipan Store dapat “recover” semula dan segala “hal” dapat menemui jalan penyelesaian. Indiestri ini perlukan sebuah band yang berbakat besar seperti mereka.

 

Sumber: Postingan Rasmi Official Swerved

Story: QR

Editor: Med

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*