SUNDAYINDIES- Halusinasi

Actually lagu Halusinasi ni is our second single after Benci yang kitorang release on Januari lepas.

Lagu ni ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri, iaitu @hell0.niff atau lebih dikenali sebagai Muhaniff yang mana menceritakan tentang seseorang yang beliau sangat cintakan sebelum ini. Tetapi semuanya berubah apabila wanita yang beliau maksudkan itu tiba-tiba berubah dan pergi tanpa alasan yang relevan. Di lagu ini, penulis juga menyatakan setelah apa yang berlaku, dimana beliau telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan wanita yang dimaksudkannya itu, perkara tersebut juga gagal untuk menambat hati wanita tersebut untuk terus kekal dalam asmaraloka mereka.

Tajuk Halusinasi ini juga memberikan makna yang besar terhadap lagu ini. Ianya disebabkan setelah semuanya itu berlaku, penulis menceritakan bahawa beliau sering berhalusinasi dimana beliau seakan-akan bercakap bersama ‘versi lama’ wanita tersebut, yang serba sedikit dapat mengubati hati penulis.

Tetapi penulis sedar bahawa semua yang beliau hadapi itu adalah khayalan dan senandika beliau semata-mata.

Lagu ini disetkan premier pada hari ini, Jumaat 1hb Oct 2021 pada pukul 9.00 malam. Korang boleh dengarkan di channel rasmi Sundayindies.

Story : Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*