Spooky Wet Dreams Umum Apa tu?

Baru-baru ini setelah beberapa ketika hiatus, band kegemaran ramai Spooky Wet Dreams telah post satu poster di media sosial rasmi mereka berkenaan akan berlaku sesuatu pada tarikh 31 Ogos 2021. Ya, kita semua tahu tarikh itu adalah tarikh keramat untuk seluruh rakyat Malaysia. Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-64.  Jadi bermula dari itu hari, resah gelisah kita semua dibuatnya. Please not another story of disband! Mintak jauh aaaaaaa… we love them! 💜

Maka ini hari, tepatlah mereka berjanji dan satu pengumuman telah dibuat! Sila teruskan membaca. Yeeehaaa!

 

 

PENGUMUMAN: Seperti yang dijanjikan, kami berbesar hati ingin mengumumkan tajuk album kedua kami: Dewa Kotaraya

Berbeza dengan Koleksi Dendangan Untuk Masa Hadapan, album ini ditulis dan dirakamkan di pelbagai lokasi – demi mencari ‘jiwa’ kepada cerita dan bunyi-bunyian terkandung dalam album ini. Harap korang bakal terhibur dengan lagu-lagu baru kami!

 

Dewa Kotaraya will feature 13 tracks, which is 5 more tracks than our previous album. Jangan complain tak cukup lagu ya!

 

Dari segi visual, kami sekali lagi melantik Kekabumi, kolektif seni semua-wanita, sebagai ‘Creative Partner’ untuk Dewa Kotaraya. They’re known for their work in KDUMH and also collaborations with LUNADIRA, SENJA, LUST and more.

 

Dengan gembiranya juga kami ingin mengumumkan sokongan CENDANA yang memainkan peranan penting dalam penghasilan album ini. Thank you guys!

 

Release date? Following the updates on the pandemic, the release date is yet to be announced and will be dropped once confirmed. Sabar sikit ya!

 

Itu saja perkembangan kami buat hari ini. We miss you, so please stay safe and healthy. Ada rezeki, kita jumpa lagi!

 

Yang baik kita nikmati, yang kejam kita lawan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

 

 

Nota: Ayat dan gambar disunting dari halaman Twitter Rasmi Spooky Wet Dreams

Story: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*