Siri Jelajah Anarchy Of The Psyche

Dengan membawakan budaya street culture dalam kalangan independent gig, Anarchy Of The Psyche (AOTP) adalah satu inisiatif dari Armpunk Sindicate dalam usaha untuk menggunakan ekspresi seni bagi menormalisasikan perbincangan tentang kesihatan mental di Malaysia dan mencipta perubahan budaya yang akan membawa kepada perubahan asas dalam masyarakat, khususnya dalam kalangan remaja dan belia di Malaysia.

Armpunk Sindicate percaya bahawa melalui seni, ia mampu memberikan terapi alternatif untuk mereka yang menghadapi masalah dalam kesihatan mental. AOTP juga menghimpunkan bukan pemuzik sahaja malah penulis puisi, pelukis, ahli panel professional dan mereka yang pakar dalam skop lapangan kesihatan mental, psikologi dan kaunseling.

AOTP juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa badan organisasi kesihatan seperti IMPACT Malaysia dan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) yang lain. Hasil jualan tiket daripada siri jelajah AOTP ini majoritinya akan disumbangkan kembali kepada badan kesihatan yang terlibat dalam menyokong pergerakan ini.

Siri jelajah yang melibatkan 4 lokasi iaitu Ipoh, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ini mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh Armpunk Sindicate iaitu:

  1. MATLAMAT: Meningkatkan impak dan pengaruh Armpunk Sindicate dalam penghapusan stigma terhadap kesihatan mental dalam industri muzik indie dan scene sub-budaya Malaysia.
  2. OBJEKTIF:
    • Mengumpulkan dana derma untuk pertubuhan kesihatan mental tempatan melalui penjualan tiket.
    • Mencetuskan perbincangan mengenai kesihatan mental dalam kalangan peminat muzik indie tempatan.
    • Menguatkan pengaruh Armpunk Sindicate dalam perjuangan kesihatan mental di peringkat kolej dan universiti.
    • Meneruskan ekosistem yang digerakkan melalui siri Fakulti Kaki Lima bagi Armpunk Sindicate untuk membantu menangani isu sosial melalui ekspresi seni.
    • Memaparkan hasil karya oleh artis yang menghadapi cabaran kesihatan mental.
    • Menghubungkan pakar perubatan, kaunselor kesihatan mental, dengan belia tempatan supaya sumber-sumber dan perkhidmatan kesihatan mental lebih mudah diakses.
    • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penyakit mental dalam kalangan belia tempatan.
    • Memberi impak positif kepada komuniti scene muzik indie melalui penciptaan peluang pekerjaan melalui projek ini, dan memberi mereka akses untuk meneroka cabaran mereka dengan isu-isu kesihatan mental.

Dalam pada itu, walaupun siri jelajah ini adalah dalam skala gig show tetapi AOTP mensasarkan untuk mengadakan crossover audience dikalangan peminat muzik dan orang awam di peringkat arus perdana bagi membolehkan objektif siri jelajah ini dicapai. Siri jelajah AOTP ini tidak mensasarkan gig goers sahaja malah orang awam yang tidak mengenali Armpunk Sindicate. Ini kerana melalui AOTP kita telah bekerjasama dengan beberapa buah universiti/ kolej/ institut pengajian di setiap lokasi jelajah untuk turut hadir dan memberikan sokongan pada siri jelajah ini.

Akhir sekali, semoga usaha kecil ini dapat mendapat perhatian, memberikan impak dan mesej positif kepada pelbagai jenis masyarakar di luar sana khususnya anak muda yang meminati muzik tempatan dan para pesakit kesihatan mental di Malaysia.

 

#AOTP2024 #ArmpunkGoesTour #AnarchyOfThePsyche #MentalHealthMatter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*