Servants Buktikan Emo Masih Belum Mati

Servants Buktikan Emo Masih Belum Mati

Sumpah penulis sedang menulis artikel ini dalam keadaan emo! Emo sebab penulis terkilan kerana baru menyedari kewujudan kugiran hebat ini! Pada malam 31 Ogos 2023 yang lalu, penulis diberi peluang untuk bersama-sama meraikan Anniversary Showcase sempena empat tahun EP sulung Servants dilancarkan yang bertajuk Holding On While Letting Go.

Servants Buktikan Emo Masih Belum Mati

Showcase yang diadakan di Live Fact Kuala Lumpur dihangatkan dengan persembahan emo daripada kugiran Panasejook, May Of Scarlet dan yang diraikan, Servants. Bukan itu sahaja! Malam tersebut turut menampilkan tiga orang pemuisi hebat dan underrated iaitu Daliliyana, Joko Shafiz dan EJ Safari.

Servants Buktikan Emo Masih Belum Mati

Kredit gambar: @raxyziq

Showcase yang bermula tepat jam 8:15 malam dibuka dengan bacaan puisi daripada Daliliyana yang membacakan empat buah puisi hasil tulisannya. Kemudian diikuti pula dengan persembahan penuh memukau daripada Panasejook, sebuah kugiran yang kerap hadir dengan tagline pop punk sebenar. Mereka membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Takkan Mengalah dan Titik Mula yang menjadikan peminat hilang arah lalu headbanging seperti tiada hari esok.

Servants Buktikan Emo Masih Belum Mati

Kredit gambar: @raxyziq

Persembahan kemudian bertukar tangan kepada pemuisi yang kedua iaitu Joko Shafiz, yang berasal dari Negeri Sembilan yang membacakan tiga buah puisi yang cukup indah. Showcase diteruskan lagi dengan persembahan penuh bertenaga daripada May Of Scarlet, sebuah kugiran yang bernuansa Energetic Post Hardcore. Mereka mendendangkan lagu-lagu hit mereka seperti Lovelorn dan Afornisme yang menjadikan peminat tidak keruan dan turut headbanging dan moshing.

Servants Buktikan Emo Masih Belum Mati

Kredit gambar: @raxyziq

EJ Safari, seorang pemuisi yang tidak asing lagi dalam industri independent Malaysia telah menjadi pemuisi terakhir dalam showcase ini. EJ telah membacakan tiga buah puisi yang menyentuh jiwa dan sangat relatable dalam hati setiap orang yang hadir pada malam tersebut. Malam penuh emosi itu diakhiri dengan persembahan dari tuan rumah iaitu Servants yang telah menyanyikan kesemua lagu dalam EP Holding On While Letting Go antaranya I Wish It Was Only You, Fake, Saudade dan sebagainya. Bukan itu sahaja, mereka turut menyanyikan single terbaharu mereka iaitu Selamanya Bukan Milik Kita, beberapa lagu baru yang masih sedang diusahakan serta lagu emo penuh nostalgia, Helena daripada My Chemical Romance.

Showcase yang dianjurkan oleh Naib Johan Records dengan bertemakan ‘emo’ ini telah menyatukan jiwa anak-anak muda yang sendu dan meronta-ronta dalam satu ruang yang hampir kesemuanya menggayakan pakaian emo pada malam tersebut. Peminat yang hadir juga turut diberikan sekuntum bunga ros untuk dibawa pulang bersama sebagai kenang-kenangan.

Teruskan supporto Servants dalam setiap perjalanan mereka dan jangan lupa dengarkan EP Holding On While Letting Go di semua platform digital.

Jangan lupa untuk ikuti Servants di di Instagram, Twitter, Tiktok dan Facebook untuk melihat perkembangan dan kisah terkini mereka

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*