Sang Rawi Lafaz Talak

Berita kecewa, duka dan lara untuk kita semua peminat musik lokal Malaysia. Sang Rawi, pejuang tegar musik nusantara dari Borneo kini telah bubar! Tiada angin tiada ribut namun itulah khabar yang diterima.

Menerusi laman rasmi Instagram mereka @sang.rawi satu posting telah dibuat mengistiharkan berita sedih ini. Apakah isu dan pergolakkan yang berlaku sehingga mengakibatkan band ini perlu dibubarkan tidaklah diberitahu secara jelas. Namun, mereka menyatakan kemungkinan akan meneruskan aktiviti musik tanpa vokalis mereka iaitu Suffian Jahari. Terdapat sedikit cahaya dimana mereka tidak akan berhenti terus bermuzik secara total. Masih ada ruang dan peluang untuk kita kembali mendengar alunan muzik nusantara mereka.

Sang Rawi adalah satu nama yang mewakili kecekalan dalam bermuzik. Mereka tidak mengikut arus, malah mereka membina arus mereka yang tersendiri. Jauh dari Borneo mereka telah berjaya mengumpul pendengar-pendengar setia dari seluruh pelusuh negara. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Dan amatlah sedih jika ini pengakhiran buat mereka.

Satu kehilangan besar buat muzik lokal Malaysia!

“Sedangkan yang dah berkahwin lagi bercerai apatah pula anak muda seperti kami.”

Penulis masih mengharapkan mereka akan kembali dan meneruskan menyebar warna muzik mereka kepada kita semua!

Petikan daripada IG @sang.rawi

https://www.instagram.com/p/CXFm3szv1ci/

“Dukacita dimaklumkan, band kami telah dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan, amatlah dikesali. Sedangkan yang dah berkahwin lagi bercerai apatah pula anak muda seperti kami. Namun begitu, perjalanan muzik ini mungkin juga akan diteruskan tanpa vokalis sedia ada (Suffian Jahari) dan perjalanan aktiviti Syarikat Sang Rawi pula akan berjalan seperti biasa cuma tanpa beliau bersama kami. Segala urusan bolehlah dm kami personally. Harap maaf kami juga kecewa tapi ini semua sudah suratan takdir. Salam. “

 

Informer: Adib Kaman

Story: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*