Rudeen & Hullera -“Hadir”

Rudeen & Hullera adalah dua sosok yang sering menjadi perhatian apabila berbual mengenai musik mereka. Ayat mudah, tidak pernah menghampakan. Fresh Idea dan kreativiti level up!

Rudeen, kami di CoolioMag sudah kenal lama sejak daripada dia mengepalai sebuah band dari Kuantan, ZBDK dan pernah beberapa kali beraksi di pentas Kelipan Tempatan Stage di acara Tempatan Fest.

Terkini, antara berkolaborasi Rudeen yang menjadi dan coolio adalah bersama B-Heart untuk lagu “Cuba Kamu” serta Jemson & Sam Bunkface untuk lagu “Nostalgiia” yang dimuatkan di dalam album pertama Jemson!

Hullera pula yang terkenal dengan karya coolionya seperti “Minah Gerek”, “Panadol” sememangnya sebuah sensasi sekitar tahun 2018 malah turut terlibat di dalam salah satu episod 16baris kelolaan Mr President, Joe Flizzow!

Jangan terkejut jika rapper yang inspired Hullera untuk berkecimpung sebagai rapper adalah Akeem Jahat! Di samping karya dan lagu yang sedap, lifestyle serta karektor Hullera yang bersahaja, cool dan sempoi begitu disenangi oleh ramai pihak.

Jadi, hari ini, Rudeen & Hullera telah sepakat untuk “Hadir” ! Kolaborasi ini membawa rentak irama New Wave Indie Rap dan telah disiapkan dalam tempoh seminggu sahaja. GILAA!

 

Kata mereka, menerusi “Hadir” mereka ingin menyampaikan mesej bagaimana kita saling memerlukan sesama sendiri terutamanya pada waktu pandemik ini dengan harapan dapat memulihkan semangat pendengar!

Jadi, mari kita semua layan dulu lagu yang fresh from oven ini. Terus supporto Rudeen & Hullera. Semoga lagu “Hadir” ini dapat memberi sedikit sebanyak keceriaan kepada kita semua disaat mengharungi pandemik yang belum lagi berakhir!

Enjois & Supporto!

 

Story: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*