PUISI // SYAHIRAH WASABI

JADI SAJALAH DIRI SENDIRI.

 

Kau baik-baik saja hari ini?
atau masih bermain watak mangsa dengan semua dan
orang lain juga hilang pedoman dan
meniti jalan kedewasaan dan
mohon berhenti menjadi hamba abdi kepada fikiran sendiri
cuba lihat pada cermin
dan paksa saja muka itu berpaling.

 

Kau masih diri sendiri, dan
tidak ada sekelumit bahagian pun mereka pinjam
dan tidak pulangkan.

 

 

LEBIH SENI BERBANDING SENI

 

Apa yang lebih seni berbanding
melabuh punggung atas bangku terletak di sepanjang lorong gelap Jogjakarta
disorong alunan jazz kafe mewah di sebelah pelanggannya rata-rata bukan warganegara
rakan berjalan tiap kali memusing dunia senyap dari berbicara hal-hal dalam dan jauh
tiga empat supir teksi memerhati dari seberang jalan
juga tiga empat laki-laki tidak dikenali berjalan menerusi lorong-
seorang daripada mereka berbaju corak bungkusan arak
rokok batangnya hanya berbaki dua, ahh palat
tarik dan hembus, habis- pijak.

 

Apa yang lebih seni berbanding
membuka peluang diragut dirompak di negara orang
tetapi pulang dengan aman.

 

Twitter : @syahirahwasabi
Instagram : @syahirahwasabi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*