Prakata

Dibesarkan dengan laungan semangat kata-kata keramat yang berkobar, “WAWASAN 2020” telah
sebati tertanam di minda dan jiwa sanubari bahawa 2020 adalah tahun yang menjanjikan suasana
kehidupan yang serba maju, moden dan berteknologi tinggi. Kereta terbang adalah salah satu watak
utama yang sering menjadi penanda aras untuk memasuki tahun 2020. Mungkin sudah ada robot
yang memudahkan kerja-kerja seharian manusia seperti yang diwayangkan di dalam filem dan
drama sedari dulu.

Namun, 10 tahun kebelakangan ini, “WAWASAN 2020” dilihat seakan masih jauh dan tidak tercapai
akal. Meniti hari-hari melihatkan pergolakkan politik yang tidak sudah dan ekonomi yang
berkembang perlahan sepertinya menidakkan impian yang diharap-harapkan oleh semua kita
selama ini. Sehinggakan setelah memasuki tahun 2019 pun kita masih berada di tahap yang seperti
sebelum-sebelumnya. Tiada perubahan yang besar.

Tahun 2020 mula menjengah dengan senyum lebar namun mungkin disambut suram dan hambar
oleh sebahagian daripada kita. Tiada apa yang berubah. Tiada beza. Semuanya sama seperti tahun
sebelumnya. 2020 hanya pada nama. Tidak pada realitinya. Dan kita mula terpaksa menerima
bahawasanya “WAWASAN 2020” itu gagal. Mungkin tidak secara total, tetapi ia sangat jauh dengan
apa yang kita semua impikan bersama.

Namun penggiat seni lokal pastinya mempunyai pelbagai perancangan untuk meraikan tahun 2020
yang dinanti-nantikan. Idea-idea bernas yang mungkin telah lama disemai dan diperam demi untuk
direalisasikan pada tahun yang istimewa ini pastinya akan memenuhi hujung minggu kita semua.
Jadual penuh! Tahun 2020 pasti penuh dengan rilisan lagu terbaru, mungkin album atau EP yang
akan membanjiri pasaran untuk mengisi halwa telinga pendengar terus setia menyokong karya lokal
selama ini.

Event organizer juga pasti turut telah memilih tarikh-tarikh keramat untuk menyajikan barisan bakat-
bakat lokal dan mungkin terselit satu dua headliner dari luar negara melakukan persembahan di
pentas-pentas mereka di seluruh negara. Segenap lokal hub pasti sarat dengan acara-acara yang
padu. Band-band juga sudah pasti merangka tour seluruh negara. Pasti ada yang akan tour
melakukan persembahan sempena menyambut anniversary, promo album atau sebagai mungkin
supporting kepada main act. Dapat opening untuk band-band legend pun sudah pasti seronok.
Pengalaman touring itu sendiri sudah begitu bermakna dan penting untuk setiap band cuba dan
rasai. Lain macam feel dia geng!

Tapi itulah. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya. Jisbaouk Covid-19 datang
menyerang dan telah melenyapkan segala impian dan penat lelah perancangan rapi ramai daripada
kita semua selama ini. Idea untuk meraikan betapa istimewanya tahun 2020 yang dinanti-nantikan
ini akhirnya terpaksa dihentikan serta merta. Covid-19 telah membinasakan segalanya. Lockdown
telah membunuh kita semua secara perlahan-lahan. Segalanya tergendala.

Sejak daripada Mac 2020 sehingga hari ini, ramai antara kita telah berjaya mengeluarkan segala
bakat dan kebolehan yang terpendam demi untuk survive di waktu pandemic ini. Kita terpaksa adapt
dengan situasi semasa yang penuh dengan sekatan demi kelangsungan hidup. Kehidupan kita semua
telah berubah 360 darjah. Kekangan dan sekatan yang terpaksa kita hadapi memerlukan kita untuk
memerah idea, bakat dan keringat untuk terus bernafas.

Tiada lagi sebarang acara keramaian yang dibenarkan. Event off. Band tidak dapat membuat
persembahan lagi secara bersemuka dengan crowd. Mosh, crowd surf, two step, pogo waima sing
along pun tidak lagi wujud. Segalanya hilang sekelip mata. Tiada yang menyangka ini akan berlaku
sepanjang hidup kita. Covid-19 benar-benar gila. Habis semua benda wey!

Tapi kita, manusia yang dikurniakan akal. Memetik lirik dalam salah satu lagu Salleh Yaakob, “dalam
laut penuh jerung, ikan bilis masih mampu harung.” Kita manusia yang tidak mudah mengalah. Kita
lawan! Kiri kanan kita ditakuk, berdarah luka, sekali tidak kita menyerah. Mungkin langkah sedikit
perlahan, tapi tetap ke depan. Masa mungkin sedikit lama diambil-pakai tetapi hasilnya tetap ada.
Mungkin tidak semua rasa, tapi pasti menyentuh walau beberapa sahaja. Kita jalan terus!

Salut kepada mereka-mereka yang terus bertahan dan come out dengan idea-idea padu dalam
mengharungi pandemic yang menggila ini demi memastikan scene lokal tidak mati! Yang terus
membikin lagu dan merilis karya mereka untuk para pendengar, yang bertungkus lumus organized
online show, gig online, bual bicara, content-content padu di youtube. Salut juga kepada geng buku
yang terus mencari jalan menjual buku, penulis yang merilis buku, sajak dan puisi yang dikongsi di
laman sosial, pemilik jenama lokal yang tidak kering idea tetap lancarkan koleksi-koleksi yang
mantap sekaligus membantu printer-printer lokal untuk terus bertahan dalam bisnes printing.
memang ngam ah awak orang semua!

Semoga kita terus mekar dalam berkarya dan menyentuh jiwa-jiwa yang melihat dan mendengar.
Tidak banyak pasti ada sedikit manfaat. Tahun 2020 sudah kita lalui bersama dengan bangga. Walau
segenap penjuru kita dilanyak, namun kita sudah berjaya tempuh! Bismillah, kita langgar!
2021, Bak Datang!

Stay Coolio,
Butch

***prakata ini ditulis pada awal tahun baru 2021 untuk rilisan siri pertama CoolioMag. Namun disebabkan oleh pandemik yang terus berpanjangan, kami akhirnya berjaya rilis pada hari ini!

Dan masih lagi dalam mode terus bertahan, hanya ada satu kata, 2021, Bak Datang!

Still Stay Coolio
Butch

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*