Pasca Sini Lawan Dalam Lagu!

Assalamualaikum semua! Kembali lagi bersama admin korang yang bernama OK ! hahaha dah macam rancangan bual bicara dalam television pulak dah. Okay so cerita dia macam ni, semalam email kelipanpress@gmail.com dapat lagi satu email, kali ni dari band PASCA SINI, jadinya mereka telah menghantar Electronic Press Release dimana saya kagum melihatnya hahaha. Okay cerita panjang tak guna, jom kita berenang dengan lebih dalam pasal perkembangan terbaru band PASCA SINI ni.

Sedikit Tentang PASCA SINI Dan Lagu Terbaru Mereka

Okay Pasca Sini ni, adalah sebuah kumpulan pop Punk dari tanah air kita Malaysia yang ahlinya terdiri daripada , Aqmal Hakim, Awal Fakha Rosdi, Anwar Hadi, Thoriq Othman, dan Palie, mereka ni semua akan meriliskan sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul “Heavy Little White Lies” secara rasmi melalui saluran YouTube mereka, dan pada semua platform streaming utama pada 6 Ogos 2021.

Lagu ini menampilkan pemain gitaris math rocks, Aimranzaman, yang juga telah produced, mix dan master lagu ini di home studio nya, Parallel Records , di Subang Jaya, Selangor.

Sekali gus, ini akan menjadi rilisan Pasca Sini pertama yang tidak dihasilkan oleh Shaheir Jibin macam sebelum ini pada Ep pertama dan kedua dan Album sebelumnya diskografi yang berasal dari Jendela Recordings. Pasca Sini akan melancarkan beberapa lagi merch dan EP pada akhir tahun
2021 selari dengan lagu baru “Heavy Little White Lies”.

okay sebenarnya, aku terjemahkan je karangan ni dari dalam Press Kit diaorang ke bahasa Malaysia. Hahaha… Nak lagi terperinci korang boleh baca sendiri kat bawah ni.

Okay, mungkin masa korang tengah baca ni diorang telah pun meriliskan lagu “Heavy Little White Lies” ni, jadi tunggu apa lagi layan lah dekat channel youtube PASCA SINI dan jangan lupa kita sokong dorang dengan cara follow ig dan subscribe channel diorang.

Instagram : @pascasini
Youtube : PascaSini
Twitter : @PascaSiniMY
Spotify : Pasca Sini

Sampai disini sahaja kita, macam biasa admin nak ingatkan dekat korang semua yang mungkin ada lagu atau apa sahaja projek yang korang tengah kerjakan boleh lah email dekat kelipanpress@gmail.com atau DM instagram @cooliomag . Bukan itu sahaja, jangan lupa share dekat kawan – kawan korang pasal cooliomag dan komen kat bawah ni juga! Terima Kasih Semua! Teruslah maju rakyat Malaysia!

Dikarang oleh OK dan disokong oleh QAN dan MED.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*