NASTIA REUNION SELAMANYA?

Setelah lebih kurang dua tahun menyepi, Nastia yang terkenal dengan lagu hit “Rapuh” kembali sebagai penutup acara di AngkasaRiot pada 20 Ogos 2022 yang lepas. AngkasaRiot adalah satu usaha bersama oleh Atas Angin, Freshtown Records dan Luas dalam mengembalikan ruang seni di Angkasa Space. Kemunculan kembalinya Nastia pasti memberi banyak tanda tanya terutama kepada peminat setia mereka Nastians. Team kami sempat menemubual Nastia untuk mengetahui lanjut tentang disebalik kemunculan mereka.

Leo Azman menerangkan bahawa tiada istilah bubar tetapi Nastia akan sentiasa kembali untuk peminatnya

Apabila diajukan soalan tentang status band Nastia, Leo Azman menerangkan bahawa tiada istilah bubar tetapi Nastia akan sentiasa kembali untuk peminatnya dan malam di AngkasaRiot menjadi titik Nastia kembali kepada peminat mereka. Leo juga menyatakan faktor utama Nastia turut serta dalam gig AngkasaRiot adalah kerana jiwa Nastia ada pada Angkasa Space dimana mereka banyak mengadakan showcase di Angkasa Space.

 

Ditanya lagi tentang perancangan terdekat hala tuju Nastia, Rudy Iskandar berkongsi bahawa Nastia telah menyiapkan satu album baru bertajuk Teater pada tahun 2018 yang sepatutnya dirilis pada 2020 namun tergendala akibat wabak Covid yang melanda Malaysia pada ketika itu. Kata Rudy, mudahan tahun ini dipermudahkan urusan mereka untuk meneruskan rilisan album ini selepas ditangguh selama dua tahun.

 

Kami juga sempat meminta ahli Nastia untuk menggambarkan AngkasaRiot dalam empat perkataan dan ini antara gambaran mereka.

“It’s been a while” kata Zack.

“Cinta Rindu Sahabat Silaturahim” kata Leo.

“Semangat setiakawan indah selamanya” kata Rudy.

Untuk peminat setia Nastia jangan lupa untuk next show mereka di Ipoh yang dibawa khas oleh Atas Angin dan tiket masih boleh dibeli di website Atas Angin.

Story: Iylia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*