Mira “Bunga” Baru

Hi Assalamualaikum Semua, pada bulan januari yang lepas, Med ada interview sikit Cik Mira jadi jom kita kenal dengan lebih lanjut tentang Mira “Bunga” Baru ni.

Med: Kongsi sedikit pengenalan mengenai Cik Mirah.

Mira:
Hi, saya MIRA atau nama sebenar Nurul Amirah Binti Mohamed Nor merupakan seorang rapper dari Malaysia dibawah naungan Map Music (Media Asia Production Sdn Bhd) dan berasal dari Kelantan. Berumur 21 tahun dan merupakan seorang pelajar di UITM Shah Alam.

Med: Nama Stage yg digunakan? Idea dari mana?

Mira:
Bagi yang dah mengenali diri saya, sebelum  mempunyai stage name, nama diberi ialah XAX. Tetapi, setelah saya bersetuju untuk menjadi sebahagian dibawah naungan label iaitu Map Music, Saya bersetuju untuk menggunakan nama MIRA sebagai stage name sebab itu adalah nama saya sendiri dan senang diingati. Pada masa yang sama, semua huruf adalah capital letter, melambangkan a strong and bold “MIRA”.

Med: Bila/Bagaimana boleh mula terlibat dgn bidang seni? Kenapa hiphop/rap jadi pilihan? Influence/idola?

Mira:
Pada pertama kali, saya tak tahu semua jenis genre, tapi kakak saya yang mula perkenalkan saya kepada Rihanna dan Jay-Z, Nelly Furtado dan sebagainya. Selepas itu, saya jadi sangat berminat dengan Hip-hop dan R&B. Masa umur 15 tahun, saya mula membuat cover lagu-lagu rap bersama kawan-kawan yang lain di instagram (masih ingat lagi, SonaOne ada like dan comment kat posting Mirah, masa tu Mirah cover rap Apa Khabar). Kemudian, saya ambil langkah kehadapan, mengenali pyaniX (shoutout to pyaniX my bro), dia yang kenalkan saya kepada underground scene, dari situ minat untuk saya menulis dan spit freeverse melonjak naik. Iggy Azalea dan Nicki Minaj banyak mempengaruhi Mirah dalam penulisan dan juga pembawaan flow.

 

Med: Pencapaian terbesar/ best moment sepanjang bergelar rapper? Apa target/impian sebagai rapper? Hala tuju selepas ini?

Mira:
Setakat ini, apa sahaja peluang yang saya dapat kerana rap, dikira sebab pencapaian yang besar bagi saya. Pada mulanya, pyaniX bawa saya perform di MIVAS dimana ramai para penontonnya. Tetamu undangan ketika itu pun ialah Dato’ Fazley Yaakob dan Imran Ajmain. Tambahan saya dapat perform di MPop!, merupakan satu pencapaian yang besar bagi Mirah. Paling terkesan, views lagu saya di YouTube mencapai lebih dari 10k tontonan, dan itu sangat mengagumkan bagi saya.

Med: Jadi boleh kongsikan any info atau rilisan terbaru untuk disampaikan kepada pendengar?

Mira:
Alhamdulillah, Ogos 2020 yang lalu, saya telah berjaya lancarkan single pertama berjudul “Lek Je”. Lagu ini rancak dan fun jika nak dibandingkan dengan tajuknya yang relaks. Beat “Lek Je” di produce oleh pyaniX, dan lirik sepenuhnya hasil penulisan saya sendiri. Bole dengar di channel YouTube Map Music Malaysia dan semua digital platform.

LINK YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=od9dhNc1V2s

Mira: Halatuju/plan selepas ini? Planning utk 2021?

Mira:
Saya masih belajar, bakal tamat pada pertengahan tahun ini dan Inshaa Allah, akan ada single kedua daripada saya. Masih dalam proses, saya harap tahun ini adalah tahun yang baik untuk saya dan semua orang. Saya berharap lagu kedua ini akan mendapat sambutan yang lebih meriah dan semoga ia dapat diterima orang ramai. Para pendengar yang selalu dengar hasil seni saya akan setia, dan dapat menarik perhatian pendengar baru.

Akhir sekali, jom kita ramai – ramai support Mira, and kalau nak follow atau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh lawat Instagram Mira .

 

Sampai disini sahaja kita, macam biasa admin nak ingatkan dekat korang semua yang mungkin ada lagu atau apa sahaja projek yang korang tengah kerjakan boleh lah email dekat kelipanpress@gmail.com atau DM instagram @cooliomag . Bukan itu sahaja, jangan lupa share dekat kawan – kawan korang pasal cooliomag dan komen kat bawah ni juga! Terima Kasih Semua! Teruslah maju rakyat Malaysia!

Story: Med
Editor: OK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*