‘Lagu Cinta’ MonoloQue Buat Semua

‘Lagu Cinta’ MonoloQue Buat Semua

Lagu Cinta membuka lembaran baru buat MonoloQue setelah bereksperimentasi dengan bunyi, ruang, dan alat muzik baru dan lama, dari serata dunia. MonoloQue telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkal jalan, yakni memberi tumpuan kepada lagu dan irama.

Lagu Cinta sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada arah tuju album ketiga yang bakal tiba. Lagu Cinta berkisarkan mengenai perlunya cinta dalam kehidupan. Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri.

Situasi ini diceritakan bukan sahaja menerusi lirik, tetapi turut digambarkan menerusi gubahan lagu. 

‘Jika diperhalusi, chorus dan verse Lagu Cinta dimainkan dalam irama minor bagi menggambarkan kegelapan, kesedihan, kesusahan. Tetapi waktu bahagian bridge, lagu bertukar kepada major, sesuatu yang bertentangan,’ kata LoQue.

‘Lagu Cinta’ MonoloQue Buat Semua

Lagu Cinta memberitahu pendengar yang hidup memerlukan keseimbangan. Dalam kesulitan, pasti ada kesenangan.

Menurut LoQue lagi, Lagu Cinta mempunyai maksud “simbolik”, kemungkinan terhadap tragedi 2 dekad yang lepas, di mana arwah adik LoQue yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 

Kematian tersebut menyebabkan LoQue sedar bahawa kematian itu adalah sebahagian daripada kehidupan yang pasti dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pada masa yang sama, kematian adalah sesuatu yang mistik dan misteri. 

Walaupun tiada bukti saintifik, LoQue percaya bahawa setiap bait kata dan bunyian akan sampai kepada adiknya yang sudah pergi.

Lagu Cinta adalah lanjutan melodi-melodi menangkap dari album runut bunyi filem Busker. Tidak seperti lagu-lagu MonoloQue dari album keduanya, Jangan Puja Sampai Kecewa, yang dilihat agak berat dan secara jujurnya, sukar diterima oleh masyarakat sejagat, Lagu Cinta lebih mesra rakyat.

‘Lagu Cinta’ MonoloQue Buat Semua

Bagi anda yang tak tahu, kumpulan muzik MonoloQue telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pemain gitar kumpulan Butterfingers, Khairil Ridzwan Anuar atau LoQue. 

Pada awal penubuhan, MonoloQue dianggotai oleh LoQue, Kadax, Loko, Ijoo (Gagak Hitam), dan Adam (Senyap). Perubahan anggota kumpulan berlaku pada tahun 2011 yang mana Adam digantikan oleh Apex. Pada tahun 2014, Loko pula pergi dan tempatnya digantikan oleh Bakri Ismail. 

Muzik yang dibawakan oleh MonoloQue bergenre eksperimental yang disulami lirik puitis. Setelah lebih 1 dekad bermain dan bertukar tukar ahli sementara, pasca pandemik ini menjadi saksi monoloQue lahir semula dengan “Bunyi Baru”. 

Tindak balas kimia petikan gitar utama oleh ahli baru ( loQue panggil “unsur baru”, Harry ‘Misteri’ serta penggunaan kembali unsur gendang/rentak yang dihidupkan oleh “orang lama” Loko (yang bersama LoQue sejak Butterfingers juga awal era MonoloQue) telah merombak semula secara menyeluruh, memecah ruyung bunyi MonoloQue untuk menyusuri era baru landskap bunyi bunyian kini, dan masa depan .

Dengarkan kelazatan Lagu Cinta di semua gedung digital kegemaran anda dan supporto @monoloquerasmi di Instagram, Twitter, dan Facebook untuk melihat perkembangan dan kisah terkini.

 

Sumber: MonoloQue

Editor: Hanis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*