Konsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters Showcase

Konsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters Showcase

Band yang terdiri daripada tiga adik-beradik kelahiran Kuantan ini telah berjaya mengadakan satu showcase yang telah diamati oleh peminat mereka bertempat di The Bee, Publika. The Impatient Sisters turut berkongsi pentas bersama dua band jemputan iaitu Fuad Duo dan Wobbebong dan masing-masing membawakan 5 buah lagu pada malam showcase tersebut. Antara 5 buah lagu tersebut, Fuad Duo telah membawakan satu lagu baru mereka yang masih belum rilis bertajuk Kopi, manakala Wobbebong menyajikan lagu baru mereka iaitu Kereta Terbang.

Konsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters ShowcaseKonsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters Showcase

 

The Impatient Sisters yang sebelum ini telah melancarkan album pertamanya pada 2014 kini kembali dengan album terbaru mereka iaitu 7 years yang menyajikan 13 lagu untuk para peminatnya dan album ini merupakan kompilasi lagu yang telah mereka tulis antara tahun 2014 sehingga 2021. Di malam showcase tersebut, The Impatient Sisters telah membawa sebanyak 15 lagu dan antaranya ialah Mari Menari, Rumah dan I Love You So. Selain itu, merchandise The Impatient Sisters seperti T-shirt, tote bag dan album lama dan yang baru turut dijual pada malam showcase tersebut. Pastinya malam showcase tersebut memberi kepuasan buat para peminat mereka dengan alunan harmoni dan tenaga seratus peratus yang ditonjolkan oleh The Impatient Sisters.

“Album ini lebih personal buat kami kerana ia ditulis mengikuti pengalaman kami sendiri. Kami mendapat ilham melalui kehidupan kami sendiri dan ia merupakan seperti satu time capsule.” ujar Soraya setelah ditanyakan tentang konsep album 7 years.  Di dalam album ini terdapat satu lagu bertajuk 7 years yang ditulis pada tahun 2018 dan lagu ini terinspirasi daripada satu kajian yang menyatakan sel-sel badan manusia akan diperbaharui sepenuhnya pada tahun ketujuh dan The Impatient Sisters turut berpendapat bahawa setiap masa depan harus dihadapi dengan hati terbuka dan meninggalkan masa silam yang kurang indah. 7 Years juga merupakan simbolik untuk tajuk album kerana mereka mula memulakan produksi album ini selepas 7 tahun dari rilisan album pertama pada tahun 2014.

Konsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters Showcase

The Impatient Sisters turut menampilkan kelainan dengan membawa satu lagu yang berkonsepkan screamo dan lebih keras berbanding dengan lagu-lagu yang lain iaitu Kejam. Irena mengulas lanjut bahawa lagu Kejam ini ditulis pada tahun 2015 ketika dia melanjutkan pelajarannya di Boston. Ketika itu Irena telah melihat satu berita tentang peperangan dan buat Irena tertanya mengapa kita masih bergaduh antara satu sama lain. Lalu terhasilnya lagu Kejam yang menggambarkan perasaan amarah Irena ketika itu. Dari segi produksi lagu, Irena telah melakarkan gambaran bunyi bising dan telah meletakkan pelbagai jenis noise yang terdiri daripada bunyi scratching strings, bunyi orang bercakap dan screamo part oleh Shahril. “Kami eksperimen sound yang berbeza tapi masih mengekalkan style The Impatient Sisters di dalam lagu ini,” ujar Irena.

Konsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters Showcase

The Impatient Sisters turut menzahirkan penghargaan mereka kepada setiap satu pendengar tidak kira peminat lama mahupun yang baru. “Tanpa mereka, The Impatient Sisters tidak akan wujud sehingga sekarang. Sokongan mereka lah yang mendorong kami untuk menulis lagu-lagu baru dan terus berkarya. Terima kasih kerana memberi kami peluang untuk berkongsi cerita kami kepada dunia dan menerimanya dengan hati terbuka,” kata Nazeera buat peminat mereka yang sentiasa menjadi pendengar dan pendorong The Impatient Sisters untuk terus berkarya.

Konsep Album ‘7 Years’ Dan The Impatient Sisters Showcase

Kalian boleh mendapatkan album terkini The Impatient Sisters di akaun Instagram dan juga boleh melayari album mereka di digital platform akaun Spotify The Impatient Sisters. Buat mereka yang baru mengenali The Impatient Sisters, selamat mendalami setiap keharmonian bait-bait lagu The Impatient Sisters dan buat para peminat mereka teruskan supporto kalian dalam setiap perjalanan The Impatient Sisters.

Story: Iylia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*