Keindahan ‘Malam Cahaya’ Bersama Empty Page

Keindahan ‘Malam Cahaya’ Bersama Empty Page

Empty Page, sebuah kugiran yang berani memainkan alunan yang penuh rasa duka, kecewa, putus harap bersulamkan pop alternatif bermelankolis telah melancarkan album kedua mereka berjudul ‘Cahaya’ dalam sesi pelancaran album secara intimate di bawah langit KL di ‘Malam Cahaya’, bertempat di Moutou KL.

Keindahan ‘Malam Cahaya’ Bersama Empty Page

Wakil CoolioMag yang berkesempatan untuk hadir pada malam itu mengatakan bahawa ‘Malam Cahaya’ memberi pengalaman yang luar biasa dan sangat indah buat dirinya. Seolah masuk ke dalam dunia seni yang tiada jalan keluarnya.

Kesemua 12 lagu yang terdapat dalam album telah dipersembahkan dalam bentuk susunan extended strings yang merdu dan menyentuh hati semua yang hadir pada malam itu. 

 

‘Cahaya’ dibikin sekitar tahun 2019, iaitu sebelum tempoh PKP. Menurut mereka, lagu Jika merupakan permulaan tercetusnya album ini.

Keistimewaan album ini adalah kerana ia berkonsepkan acceptance atau penerimaan tentang apa sahaja perasaan dan emosi yang seseorang itu lalui dalam kehidupan tidak kira patah hati, penolakan dan sebagainya. Kerana pada akhirnya penerimaan terhadap perasaan-perasaan yang rumit adalah langkah kecil untuk berdamai dengan diri sendiri.

Keindahan ‘Malam Cahaya’ Bersama Empty Page
Kredit Gambar: @emptypagex

Apabila ditanya berkenaan kolaborasi mereka bersama Tilla Hanna, penyanyi baru yang berusia 23 tahun menerusi lagu Tak Kira Apa, mereka menyatakan bahawa perkenalan bersama Tilla Hanna adalah ketika mereka bermain akustik di sebuah kafe di Shah Alam. Mereka berhasrat untuk buat lagu bersama Tilla setelah jatuh cinta dengan suara nyanyiannya.

Empty Page berharap agar album Cahaya ini terus tersebar luas dan lebih ramai lagi penggemar muzik di luar sana yang tahu tentang album ini. Mereka mahu orang di luar sana nampak keupayaan dan bakat Empty Page dan bukannya sekadar tahu lagu crowds- sing-along-able mereka iaitu Bagaimana Jika Aku Tiada (Dunia Akan Terus Berputar).

Bercakap tentang lagu ini, ia wajib dimainkan di setiap acara dan apabila tiba di bahagian korus, suara crowd berpadu bersama Zic dan alunan muzik seolah-olah turut tenggelam dan hanyut ke dalam lagu dan bait-bait lirik yang sepertinya bersetuju dengan situasi dan keadaannya. Setuju atau tidak, itu magiknya.

Tambah Empty Page lagi, mereka mahu menjadi sebuah band yang semua orang boleh relate dari segi lirik dan muzik mereka.

 

Turut menjayakan ‘Malam Cahaya’ ini ialah Heidi Moru, gadis Sabah yang semakin meningkat naik dan Rudeen, rapper dari Kuantan yang turut mempersembahkan nyanyian mereka dengan susunan muzik yang berbeza dari sebelum ini.

Teruskan supporto Empty Page dan jangan lupa untuk dengarkan album ‘Cahaya’ di semua platform digital!

Keindahan ‘Malam Cahaya’ Bersama Empty Page
Kredit gambar: @emptypagex

Editor: MED

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*