
3 September 2022 lepas telah berlangsung GIG 100 Rondivu di BSYNC Production, Kuala Lumpur. Gig ini adalah sangat special dan bermakna kerana ia dianjurkan oleh @kumuhamadsyafiq sempena merayakan 100 artikel berkisar bakat tempatan di surat khabar perdana iaitu Utusan Malaysia.
Korang boleh bayangkan penat lelah untuk menghasilkan 100 artikel dan ia adalah semata-mata bercerita mengenai bakat dan idea serta hala tuju bakat tempatan tanpa sedikit pun terselit gosip murahan atau cerita clickbait yang memamah otak kita secara perlahan- lahan? Crayyyzayyy
Ini bukan satu tugas yang mudah. Kudos dan salute kami setingginya kepada @kumuhamadsyafiq atas tekad redha dan tabah melaksanakan gerak kerja yang padu ini. Dulu kita hanya bermimpi untuk melihat bakat-bakat underground dan alternatif atau bebas ini di media cetak perdana. Mimpi gais!
Namun kini tidak lagi. Jaringan Kita semua semakin melebar dan meluas. Kita punya ruang untuk menjentik jiwa penyokong musik di luar sana.
Kami sempat menemubual @kumuhamadsyafiq beberapa soalan yang berlegar dikepala tentang RONDIVU ini:
”
- Asal nama Rondivu
Lepas habis belajar di UPSI, Ku Syafiq nak buat satu benda untuk kumpulkan karya kawan-kawan di UPSI dan letakkan di satu portal. Dari situlah datangnya Rondivu ni. Nama Rondivu asal daripada English & France ‘randevu’ bermaksud tempat pertemuan. Waktu itu, itu (Rondivu) adalah tempat pertemuan pengkarya2 di UPSI.
- Kenapa pilih untuk celebrate dalam bentuk GIG
Lepas 2 tahun tulis kolum Rondivu, Ku Syafiq sedar ia lebih dikenali dalam kalangan penggiat indiependent (band, media, organizer) tapi kurang dikenali dalam kalangan crowd. Jadi, gig adalah benda yang ngam sekali nak buat.
Dulu Ku selalu tulis tentang gig terutamanya dalam artikel. Gig adalah nadi indiependent scene. Band, media, organizer semua akan terlibat dalam satu gig. Jadi, gig adalah tempat terbaik nak kenalkan rondivu pada crowd.
Syarat pertama, 6 lineup ni kena terbukti boleh perform live dengan baik. 6 lineup ni juga perlu ada kenangan peribadi dengan Rondivu & Ku Syafiq sendiri.
SOG, Kyoto, Hacktick -3 band pertama yang Rondivu interview
Mascot – band terakhir rondivu interview sebelum capai 100 artikel
Mafidz & TVS – pernah featured di Rondivu
Bagi Ku Syafiq, Mafidz & TVS adalah band yang sangat eksklusif. Menurutnya vibes yang ada pada mereka ini bukan setakat untuk enjoy/riot tapi adalah sebuah experience magical.
Rondivu dalam Mingguan Malaysia
- Tiga (3) band yang Ku nak interview tapi masih tak berkesempatan
TVS & Salammusik. Bagi Ku Syafiq kedua-dua band ini adalah antara the best Malaysian band yang ada. Kedua-dua band ini juga dah buktikan kehebatan mereka ke luar negara.
Masdo. Ku Syafiq nak interview mereka sebab Ku nak explore/ nak tahu experience diorang yang tiba-tiba dapat peminat yang ramai di Indonesia.
- Dorongan untuk tulis tentang bakat muzik tempatan
Masa mula-mula Ku Syafiq dengar indie dulu sekitar tahun 2007-2008, Ku selalu share dengan kawan-kawan. Bila Ku Syafiq baca Projek Buku drpd Adly Syairi sekitar tahun 2013-2014, Ku dah mula rasa sharing tentang muzik indie ni bukan setakat hanya pada kawan-kawan, tapi Ku nak share secara public melalui penulisan.
Start daripada video yang viral tu, Ku jumpa Hacktick, Margosa. Ku rasa masih banyak band yang perlu diberitahu pada orang yang band-band ni bagus. Ku juga ada impian untuk ubah industri ni. Ku nak lebih banyak penulisan tentang muzik dan bukan hiburan semata-mata. Apa yang Ku buat sekarang adalah untuk bina asas.
- Tiga (3) bakat baru yang perlu diberi perhatian
Mascot – Ku rasa band ni ada bawa freshness dari segi attitude dan lain2
Motherwit – Ku rasa band ni perlu dilihat dari segi songwriting. Lagu2 diorang sangat berkualiti
Glistening Redchair (alternative metal)- band ni dah lama tapi orang tak pandang, orang kena dating atleast 1 gig diorang, dan orang akan faham kenapa band ni perlu diberi perhatian
Vibes tak boleh stop headbanging.
”
Apa-apa pon tahniah buat Ku Muhamad Syafiq atas penganjuran #GIG100RONDIVU
Story: Mentari Senja & Med
Editor: QR
Leave a Reply