Empty Page “Tiada Arah”?

Tempoh hari, Med mewakili CoolioMag ada roger Zic yang merupakan front-man kepada sebuah band dari Kuala Lumpur iatu Empty Page bagi memperolehi perkhabaran yang terbaru berkaitan dengan band Empty Page. Berikut adalah respon yang kami terima daripada Zic. Kepada follower dan supporter Empty Page, This is for you.

“Band Empty Page buat masa ni dalam process untuk finalize lagu-lagu yang akan ada dalam sophomore album kami. Setakat ni boleh lah dalam 70% done. Just tengah gaduh-gaduh sikit nak pilih lagu mana nak masuk, mana nak buang, sebab ‘ter’ buat banyak sangat. Silap-silap album 50 lagu.

Anyways, berbeza dari first album kami yang sound-nya sangat raw, and angsty sikit (sebab masa tu semua still muda kot haha), album ke-dua ni kami cuba untuk beri sound yang lebih mature, modern, and pop-ish, and hopefully lebih ramai boleh accept and appreciate. Bukan sahaja dari segi instrumentation, tetapi juga dari segi production, terutamanya dari segi vokal. Antara contoh terbaik sound yang kami eksperimen dalam album ni adalah dalam lagu Forever & Always yang baru dirilis bulan Disember lepas yang mempunyai elemen-elemen gospel. And we were also given the honor of working together with some close friends dalam beberapa lagu, termasuklah our old friend Rudeen yang sendiri baru rilis lagu Cuba Kamu.

Buat masa ini, kami sangat berpuas hati dengan respon dari pendengar and followers Empty Page. tentang sound baru kami dengan single- single yang kami rilis dari album iaitu Bagaimana Jika Aku Tiada (Dunia Akan Terus Berputar) dan Forever & Always. Agak terharu bila semua boleh terima lagu-lagu baru ni.

Lastly, Empty Page. will be releasing a new song pada 26/7 ni yang berjudul Tiada Arah (Aku & Kamu), dan akan join Online Music Festival Indie Dari Rumah dari Atas Angin yang sedang berlangsung tiap hari sehingga 31/7 — yang menampilkan band dari Malaysia, Indonesia & Singapore. Memang kaw! Kami akan perform pada 30/7 ni. Jangan lupa tengok!

Akhir kata — thanks so much to each and everyone of you guys yang dengar lagu kami. Empty Page. adalah korang semua sebenarnya. Dan terima kasih kepada Kelipan sebab sentiasa support kami jugak, and always keeping the scene going. U guys da best!”

Stay Coolio.

Credit Photo: Empty Page

Story by MED

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*