EJ Safari Dan Industri Seni

EJ Safari Dan Industri Seni

Dalam sedutan artikel kali ini, kami berkesempatan menemu bual seorang yang tidak asing dalam
industri independent Malaysia iaitu EJ Safari. EJ baru-baru ini muncul sebagai pemuisi undangan di
acara Freedom Art Cherita Di Sini 2.0 yang berlangsung pada 24 September yang lepas dan kami
berkesempatan berborak santai untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang EJ.

EJ merupakan antara watak yang sentiasa memberi sokongan kepada lokal talent di Malaysia dan
bergerak aktif dalam industri seni sejak di bangku sekolah. Rantai Art merupakan salah satu platform
yang membuatkan EJ lebih menghargai dan memberi sokongan kepada lokal talent serta menjadi titik
mula mempelajari cara di sebalik tabir sesuatu program lokal yang dijalankan.

EJ berkongsi bahawa individu yang menjadi inspirasi dalam dunia lokal Malaysia ini ialah Jenn Thompson. EJ mengagumi semangat dan dokongan yang beliau berikan kepada industri muzik terutama untuk band underground Malaysia. Manakala inspirasi EJ dalam penulisan hadir daripada ibunya sendiri di mana beliau sering membantu EJ dalam penulisan sajak, puisi dan syair di kala zaman persekolahan.

EJ Safari Dan Industri Seni

Kini EJ telah mengorak langkah dengan mewujudkan sebuah entiti yang digelar “Projek Suka” yang ditubuhkan pada tahun
2019 bersama rakannya. Permulaan daripada Projek Suka ini apabila EJ sendiri berminat dengan cara
penganjur Indonesia yang mengadakan program intimate session antara penggiat seni dan peminat
mereka. EJ menerangkan konsep Projek Suka ini adalah untuk meraikan pemuzik dan pemuisi di sesebuah kafe yang melibatkan beberapa vendor serta mengadakan kerjasama dengan kolektif lain seperti Buku Jalanan Seremban.

Ini membuktikan bahawa Projek Suka turut meraikan pelbagai lokal act yang lain dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan venue yang dipilih. EJ turut berkongsi rancangan masa depan Projek Suka antaranya dengan mengadakan festival besar yang melibatkan pelbagai lokal talent di Malaysia yang bukan hanya meraikan muzik semata-mata.

Selain daripada menjadi full-time supporter tegar industri independent Malaysia, EJ juga merupakan
pengurus kepada sebuah band iaitu Servants. Antara cabaran yang EJ hadapi sepanjang menjadi
pengurus band apabila mempunyai berlainan pendapat dan kecenderungan yang berbeza untuk
keutuhan band itu sendiri. Selain itu, mencari show untuk band juga merupakan cabaran utama buat EJ
sebagai pengurus band kerana berpendapat tak semua orang boleh menerima genre muzik emo.

EJ untuk sepuluh tahun yang akan datang?

EJ menzahirkan mungkin akan membuka satu komuniti sendiri yang masih meraikan talent baru dan
akan terus menghargai karya yang ada di Malaysia. Manakala dari segi minat EJ sendiri, EJ berharap
suatu hari nanti dapat berkerjasama dengan mana-mana penerbit buku untuk menghasilkan bukunya
sendiri kerana buat masa kini EJ sudah menghasilkan beberapa zine. EJ juga menyimpan impian untuk
mengadakan show-nya sendiri di Indonesia kerana konsep penyampaian puisi EJ lebih terinspirasi
ke arah sana.

Sebagai penutup temu bual kali ini, kami sempat bertanyakan kepada EJ tiga lokal talent pilihan EJ.
Pilihan Ej untuk lokal talent yang baru ialah Oceanlights, Okirama dan Nastia. Manakala, lokal talent
yang telah bertapak lama di Malaysia yang menjadi pilihan EJ ialah Salammusik, Plague of Happiness
dan Hujan.

 

Story: Iylia

Editor: Hanis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*