CoolioMag: Mulai Gerak!

CoolioMag: Mulai Gerak

Kalau korang pembaca baru dekat sini, CoolioMag merupakan sebuah website yang berintikan perihal bakat-bakat baru dan segar dalam industri muzik indie Malaysia.

CoolioMag mula bergerak aktif apabila penularan Covid-19 mula mengganas pada tahun 2020. Pada ketika itu, festival, gig, showcase dan persembahan seni lain langsung tidak dibenarkan. Keterbatasan ini merupakan satu cabaran hebat kepada semua penggiat seni termasuklah penganjur dan para peminat.

CoolioMag: Mulai Gerak

Jadi, untuk teruskan kehidupan di samping mengekalkan momentum dan untuk kekal relevan sepanjang pandemik, CoolioMag diwujudkan. Berbekalkan internet dan secawan teh hangat di atas meja, ternyata eksperimen untuk berkarya secara norma baharu ini berkesan dan membawa CoolioMag sampai ke hari ini. 

 

Bukan itu sahaja, kewujudan CoolioMag juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memperluaskan lagi bakat-bakat baru muzik tempatan dengan kerjasama bersama Kelipan Store.

Ini kerana, CoolioMag percaya masih ramai band-band di luar sana yang kurang mendapat liputan yang sewajarnya mereka dapat.

 

Oleh itu, kami berharap agar kewujudan CoolioMag ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk serlahkan bakat yang ada pada band-band baru!

 

Teruskan untuk supporto dan nantikan sesuatu yang baru daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti CoolioMag di semua platform digital!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*