Brainstew Keluarkan “Suara Peralihan” !

Kelmarin, kami ada terima email dari brainstew, dorang nak memperkenalkan lagu dorang yang terbaru, sejak dua menjak ni pulak kecoh pasal #lawan , lalu terlintas dalam kepala aku, ada kena mengena ke dengan lagu ni? Jadi jom kita baca sikit pasal dorang ni.

Tentang Brainstew

Selepas bertahun-tahun memeram rasa, Brainstew akhirnya akan
menerbitkan sebuah lagu yang berjudul Suara Peralihan; yang bakal menjengah
telinga pendengar Julai nanti.

Kuartet Pop-Punk yang berasal dari Muar ini dianggotai oleh Afi
(vokalis/gitaris), Faiz (gitaris utama), Ajim (bassist), dan Narz (drummer).
Brainstew sebelum ini pernah muncul dengan single mereka yang pertama
iaitu Boneka dan selepas 3 tahun menyepi tanpa sebarang rilisan, mereka kembali
dengan nafas baharu dan lebih mengasyikkan apabila mengambil langkah bijak
bergandingan bersama Andi Zephyr, menerusi single terbaharu mereka, Suara
Peralihan.

Suara Peralihan mungkin sesuatu yang agak mencabar untuk dihasilkan
kerana segala proses dibuat ketika dunia sedang dilanda pandemik. Kekangan masa
dan pergerakan membuatkan penghasilan single ini sedikit tergendala dan
menyulitkan. Namun, ia juga memberikan kelebihan pada mereka untuk
memantapkan lagi cambahan idea dan susunan muzik dalam Suara Peralihan.
“Kami sebenarnya agak teruja kerana ini adalah lagu pertama yang paling elok
pernah kami hasilkan.” Afi, vokalis Brainstew.

Mengambil inspirasi daripada Superman Is Dead,Social Distortion dan juga
sedikit rencah daripada kugiran Punk Rock tersohor dunia, Green Day; Suara
Peralihan sudah semestinya akan membuatkan anda melayang menerjah dimensi
baharu muzik tempatan, memecah kebuntuan pendengar yang dahagakan sesuatu
yang baharu.

Ingin tahu selunak dan sehebat mana single ini?

Korang boleh dengar kat bawah ni

Support dorang dengan Follow IG and Subscribe Youtube dorang gais!

Bagi korang yang ada lagu – lagu terbaru atau korang ada benda nak cerita pasal projek yang korang tengah bikin, boleh email kami di kelipanpress@gmail.com atau dm je kami di IG @cooliomag dan @kelipanstore jangan risau kitaorang mesti support punya! Majulah Industri Anak Muda Malaysia!

Penulisan oleh “OK” dan Email Brainstew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*