Bittersweet Bubar!

Lagu- lagu seperti Capital E, Kucing Hitam sudah menjadi satu anthem kepada scene muzik lokal Malaysia. Pembawaan muzik britpop menyusup ke dalam scene seterusnya berjaya menambat jiwa peminat muzik lokal secara meluas dimulakan antaranya oleh Bittersweet. Setiap yang mendengarnya pasti bagai dirasuk untuk terus berdansa dan sing a long. Cry your heart out and sell your soul!

Bermula sejak tahun 2004, Bittersweet yang ditunjangi Herri bersama ahli-ahli band yang bersilih ganti tetap cekal dan bersemangat menelusuri perjalanan muzik mereka tanpa menoleh kebelakang.

Album demi album dihasilkan. Discography mereka korang mesti tau punya. Lagu-lagu semakin matang namun sound serta direction band tidak sesekali berubah.

Semangat Herri adalah sesuatu yang menakjubkan dan wajar dicontohi oleh kita semua. Seperti yang kita semua tahu, Herri telah mengalami satu insiden yang tragik menyebabkan kehilangan sebahagian kaki beliau. Namun, Herri memang kental yeop! Dia mampu bangkit dan kembali melakukan persembahan live semula. Salute. Minat dan cintanya terhadap muzik seperti tiada apa yang dapat menghalangnya.

Antara lagu-lagu terakhir Bittersweet seperti Hilang dan Biarlah Mentari seperti memberikan sesuatu rasa kepada kita yang mendengar. Dan akhirnya, hari ini tanggal 24 Oct 2021, Herri selaku tunjang kepada Bittersweet telah mengumumkan Bittersweet Bubar!

 

Posting Herri di ruang Facebook-nya, Herri Hamid.

‎بسم الله الرحمن الرحيم”
bismillāhirraḥmānirraḥīm
assalamualaikum

24 OCTOBER 2021 PENGUMUMAN PEMBUBARAN KUMPULAN BITTERSWEET. (BTSWT) Bittersweet

2004-2021.

Alhamdullilah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu,ia sudah cukup matang sebagai seorang insan. Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan. Hari ini, di hari kelahiran saya yg ke-39 , saya sebagai pengasas band bittersweet @bittersweetbeat (BTSWT) mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan.

Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelansungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT. Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semua perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yg tak dapat diluahkan selama 17 tahun.

Terima kasih kepada anda semua,tidak kira sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, managers, organisers,video directors, designers, engineers, penaja dan fans terutamannya, yang selalu mendukung perjalanan BTSWT selama ini. Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk anda semua, saya memohon maaf atas semua kesalahan dari diri saya kepada semua yg pernah berkhidmat dengan btswt.
Insyaallah suatu masa nanti saya akan meneruskan minat saya dalam muzik dan scene.

Teruskan menyokong muzik Malaysia.”

Sumber:  https://www.facebook.com/1635325423/posts/10223521617901983/?d=n

 

Instagram rasmi Bittersweet juga menyatakan pembubaran band tersebut:

https://www.instagram.com/p/CVYI4NapOCo/?utm_medium=copy_link

 

Kelu. Tiada apa yang dapat diungkapkan.

Ikhlas dari hati kami, terima kasih Bittersweet kerana telah mewarnai scene muzik lokal Malaysia selama ini. Selamat bersara!

Sampai jumpa lagi.
Barangkali.

2004-2021 sayonara!

 

Story: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*