Bedah “BERLIAN”

Kalau siapa dah tengok music video Berlian, kita akan nampak 2 character wanita dalam tu yang berjaya di-cameo dengan baik oleh Sazzy Falak & Salome Dass. Berdasarkan hint menerusi mimpi dan ilmu bertapa 4 hari di Pavilion, tafsiran aku simple di mana MV ni cuba potray Sazzy sebagai Malique & Salome sebagai Joe.

Jeng jeng jeng. Jom kita saksikan.

Teori dia mudah. Kalau kita tengok gaya klasik dan attitude Sazzy persis watak Jeng Yah dalam Gadis Kretek lakonan Dian. Salome plak tonjol look yang lebih modern & international. So kenapa nak tunjuk image ni? Ok meh saya nak explain. First, kedua-dua character tu bawa aura yang bercanggah. Dua dunia berbeza. Sorang dengan nusantara pride, sorang lagi lebih kontemporari dengan vibe yang lebih mutakhir. Sorang rap macam baca kamus, sorang lagi “uggh ughhh” slang negro dalam lagu. Analogi mudah, image ni sengaja dilayarkan untuk define masing-masing punya sound & taste. Bonus dia plak dijadikan Sazzy ni macam Dian, dan Dian ni semua orang pun tau apa relation dia dengan Malique unless awak baru tulis borang hiphop tahun lepas.

Ending MV ni macam kita tau, Sazzy mati kena racun dengan Salome. Adakah Joe nak tunjuk dia dah berjaya bunuh karakter Malique? Apa benar karier Malique dah terkubur? Kah kah kah. Macam wartawan Melodi siot. Kalau tengok ada satu babak yang mana Gard telefon Sazzy sebelum mati – mungkin Joe dah order Gard untuk inform yang “lu tenang je, wave baru dah sampai, 2024 kitorang punya, rakkkluuu bye-bye!”

Permata berlian yang dimaksudkan di sini… tak lain tak bukan.. drum rolls confirm ah title King of Malaysian Hiphop. Joe nak bagitau secara official throne tu dia punya sekarang. Kalau siapa ada tengok Korek Fizikal episode Joe pun dia ada mention apa beza album Havoc & incoming Johan ni. Yang ni pi la korek sendiri.

Sekian palatao di bulan puasa. Beria baca tu. Hahaha.

P/S: Malique takkan dok diam. Malique power kot. Semalam pun Qarma Studios ada post barang baru kat YT. Nak bagi amaran kot, jangan senang-lenang sangat, perang belum tamat. Personally, aku tak sabar tunggu full album english Malique. Sikit sebanyak confirm akan ubah kiblat rap kat Malaysia ni. Mana tau lepas ni semua nak rap english balik macam awal Y2K?

Betul la orang kata, perut lapar ni jangan buat main.

Credit Story: Shahril Affenddy a.k.a Smowkin

Trivia: Smowkin merupakan salah seorang pendukung budaya hiphop di kuantan yang terawal. 2024 masih hiphop! Beliau juga merupakan pemilik bersama “Atmosphere Industry” yang merupakan sebuah cafe di Bandar Kuantan yang menyajikan menu-menu fusion termasuk best-seller; Spagetti Spicy Tuna yeah! Sila singgah jika turun Kuantan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*