Balas Dendam Dengan Sirap Ais

Sirap Ais tanpa berlengah lagi terus sahaja melancarkan flyer gig pertama mereka pasca PKP3.0 dengan begitu pantas sekali. Tarikh keramat itu adalah pada 9hb Oct 2021.

Gig yang dinamakan sebagai “Balas Dendam” sememangnya kena benar dengan situasi penggemar gig lokal di mana kekangan dalm melaksanakan gig sepanjang PKP3.0 begitu meninggalkan kesan yang begitu dalam sehingga ke hulu hati malah bertukar menjadi dendam. Dendam Kesumat!

Gig “Balas Dendam” ini diramalkan akan sold out! Awak orang tahu kenapa? Sebab line-up yang terpadu akan turun beraksi demi melampiaskan nafsu halwa telinga dan jiwa yang dahagakan suntikan musik selama kita terkurung! Duo tersohor, Jemson akan bersama Kugiran Sarip Dol serta Kapow! Gila geng!

Untuk info, venue gig “Balas Dendam” adalah bertempat di BSYNC Live dan akan ada 2 sesi iaitu 3pm-5pm untuk Jemson & Sarip Dol dan 8pm-10pm untuk Jemson & Kapow. Tiket berharga RM45 untuk satu sesi dan hanya limit sehingga 100pax sahaja untuk satu sesi. Fuh! Awak orang kena laju geng. Beli tiket sekarang!

Seperti kita semua sedia maklum, SOP akan dilaksanakan demi menjaga kemaslahatan umum. Awak orang makesure follow SOP dan jadi penggemar gig yang bertanggungjawab. Jaga diri.

Kontek no tertera di flyer untuk beli tiket sekarang sebelum sold out!

Enjois!

 

Story: Med

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*