A.LIMIN – Sesudah Melakar Langit

Selepas penyajian single MALAR pada September 2021 yang lalu, kini Kugiran A.Limin yang bertapak di Kuala Lumpur berjalan terus dengan merancang untuk meriliskan album kedua mereka berjudul Sesudah Melakar Langit pada Januari 2022 selepas Adam ‘dilahirkan’ pada tahun 2020. Namun begitu, MALAR tidak disertakan dalam rilisan kali ini. Ringkasnya, album baru ini memang lagu baru sepenuhya.

Sempat juga QR dengar 4 single utama untuk album itu nanti. Senang cerita, “Aku tak sabar nak dapatkan album tu nanti”. Kepada mereka yang ingin melayan rasa Indie Folk, menghayati bait kata dan lirik, ini lah albumnya. Adapun, lagu Angin yang disertakan dalam album ini nanti betul-betul menerbangkan QR tanpa jatuh.

 

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2021 – Selepas album pertama berjudul Adam yang mendapat sambutan baik di kalangan peminat muzik tempatan sehingga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) tahun lepas dan seterusnya menyertai beberapa projek muzik, diikuti kejayaan tercalon sebagai Best Release dalam TAPAUawards 2020, kini kumpulan A. Limin bakal meluncurkan album kedua mereka yang berjudul Sesudah Melakar Langit.

Kesemua lirik untuk 14 buah lagu di dalam album kedua mereka ini ditulis oleh dua orang vokalis kumpulan mereka sendiri, iaitu Limin dan Merul. Menurut mereka berdua, “Idea untuk lagu-lagu di dalam album ini, semuanya diilhamkan daripada pelbagai cerita peribadi yang telah dikumpulkan seterusnya diolah menjadi lirik dan rentak lagu”.

Tempoh masa hampir 1 tahun diambil untuk menyiapkan album ini sahaja kerana terlalu banyak pendapat dan percubaan telah dicampurkan. Rakaman album yang diuruskan oleh Ku Miro dilakukan di Kamar Seni Studio, Cheras manakala proses mixing pula, disiapkan oleh jurutera muzik kumpulan ini iaitu Fai. Sementara itu, reka bentuk kulit album ini telah diilustrasikan oleh Jiwosophy, seorang artis digital tempatan yang amat berbakat.

Album ini menyajikan rasa dan ekspresi kumpulan A. Limin terhadap dunia sekeliling, sekaligus menjadikan lagu-lagu di dalam album ini penuh dengan isi tersurat dan tersirat”

Single utama album ini adalah lagu Angin. Kesemua lagu dalam album ini dihasilkan untuk menunjukkan kematangan kumpulan A. Limin dari sudut penghasilan muzik dan usaha mereka untuk membina imej yang tersendiri. “Album ini menyajikan rasa dan ekspresi kumpulan A. Limin terhadap dunia sekeliling, sekaligus menjadikan lagu-lagu di dalam album ini penuh dengan isi tersurat dan tersirat” tambah Limin.

Album kedua ini dikatakan bermakna buat mereka semua kerana komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco sudi bekerja menjadi eksekutif produser membantu Merul. AG Coco banyak membantu dari segi kesediaan sumber yang diperlukan sepanjang rakaman album berlangsung. Kumpulan A. Limin juga bertuah kerana berjaya memperoleh dana dari Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan hasil wang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyiapkan keseluruhan album ini.

Kumpulan A. Limin telah bermula sejak tahun 2018. Ditubuhkan sendiri oleh vokalis utama iaitu Limin atau nama sebenarnya Fathil Alimin (vokalis, gitar). Permulaanya kumpulan ini ditubuhkan hanya sebagai projek solo vokalis ini sahaja, namun berjaya menjadi satu kumpulan setelah beliau berjumpa dengan Merul (vokalis, gitaris, keys), Ku Miro (bassist), dan Fai (drum). Yang seterusnya bersetuju menjadi satu kumpulan yang dikenali dengan nama A. Limin.

Kumpulan ini sering membawa muzik eksperimental folk dengan sedikit campuran bunyian rock dan pop. Dipenuhi ambien dan puisi lirikal, lagu-lagu kumpulan A.Limin sangat menenangkan. MV untuk beberapa lagu dari album ini sudah dirangka namun masih dalam proses perancangan bagi mendapatkan kolaborasi dan penaja yang betul-betul sudi bekerjasama.

Sesudah Melakar Langit boleh mula dinikmati di aplikasi penstriman muzik Spotify bermula tanggal 1 Januari 2022 manakala, album rilisan fizikal dijangka akan siap dan boleh dibeli secara atas talian pada bulan Februari 2022.

##

Senarai lagu di dalam album sesudah melakar langit;

  1. Judul : Angin

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Mikraj

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Kau Ada

Komposer : Limin

Lirik : Limin

 

  1. Judul : Jari-jemari

Komposer : Limin, Merul

Lirik : Limin, Merul

 

  1. Judul : Januari

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Kerala

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Tidur Atas Gelisah

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Intermisi

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Distopia

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Balada Pemimpi

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Cinta

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Leon

Komposer : Merul

Lirik : Merul

 

  1. Judul : Cakera

Komposer : Limin

Lirik : Limin

 

  1. Judul : Imaginasi

Komposer : Limin, Merul

Lirik : Limin, Merul

 

Ikuti A. Limin di:

Instagram: a.liminofficial

Twitter: ALiminOfficial

Spotify: A. Limin

 

 

Story: A.Limin

Editor: QR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*